Searching...
Khamis, 31 Januari 2013

NFC Permudahkan Kehidupan Seharian


Kebanyakkan model telefon pintar masa kini telah memiliki NFC sebagai salah satu ciri unik dan pintar, yang tampak jelas memudahkan kehidupan seharian penggunanya. 


NFC merupakan singkatan kepada near field communication, yang dikenali sebagai kemampuan sesuatu peranti untuk melakukan komunikasi radio dengan peranti lain atau tag NFC dengan hanya mendekatkan atau menyentuh kedua-dua alat tersebut sesama sendiri. Pada masa kini, teknologi NFC telah digunakan untuk transaksi tanpa wayar, pertukaran data dan maklumat, dan mempermudahkan persediaan komunikasi kompleks seperti Wi-Fi. 

Kebolehan peranti ber-NFC berkomunikasi NFC tag membuatkan ramai pengguna pada masa kini lebih gemar untuk memilih peranti Android yang memiliki NFC. Kegunaan NFC tag boleh dilihat menerusi paparan video di bawah, yang mempromosikan tag berjenama TapAway.


Antara ciri-ciri menarik penggunaan NFC yang popular pada masa kini ialah:
Dengan NFC, peranti Android anda kini boleh
berfungsi sebagai Google Wallet dan anda tidak
perlu lagi membawa kad kredit untuk melakukan
transaksi kredit.
  • memudahkan persediaan komunikasi Wi-Fi dengan hanya mendekatkan peranti anda kepada tag NFC 
  • pertukaran butiran kenalan dengan hanya mendekatkan peranti Android kepada kad tag NFC
  • pertukaran profail notifikasi seperti senyap dan nyaring dengan hanya sentuhan pada tag NFC. Contohnya, pelajar hanya perlu untuk mendekatkan telefon pintar NFC kepada tag NFC di pintu masuk kelas untuk meletakkan telefon pintar tersebut dalam mod senyap sebelum mengambil tempat duduk mereka.
  • membolehkan peranti Android anda berfungsi sebagai kad kredit, Google Wallet atau kad Touch-n-Go
  • digunakan untuk mencatatkan masa kehadiran ketika mesyuarat atau kelas
Banyak lagi ciri-ciri menarik NFC yang bakal diperlihatkan pada masa hadapan. 

Bagi memudahkan pencarian anda untuk memiliki peranti Android yang memiliki NFC, anda boleh rujuk kepada senarai peranti tersebut di laman Wikipedia ini.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang NFC, anda boleh merujuk kepada sumber-sumber di bawah:

Sumber:



1 comments:

  1. Kebolehan peranti ber-NFC berkomunikasi NFC tag membuatkan ramai pengguna pada masa kini lebih gemar untuk memilih peranti Android yang memiliki NFC. Kegunaan NFC tag boleh dilihat menerusi paparan video di bawah, yang mempromosikan tag berjenama TapAway.
    gta 5 apk

    BalasPadam