Searching...
Selasa, 12 Februari 2013

HTC Bakal Perkenalkan Peranti Perdana Baru


Hari ini, Evleaks mendedahkan imej yang berkemungkinan besar merupakan peranti perdana HTC yang baru. Imej yang didedahkan ini juga mungkin merupakan HTC M7 yang sering diuar-uarkan oleh HTC sebelum ini.

Peranti yang ini juga mungkin akan dikenali sebagai HTC One, berikutan baru-baru ini, terdapat imej yang telah dimuatnaik ke Flikr dengan menggunakan nama peranti sebagai HTC One, lantas menimbulkan spekulasi bahawa peranti baru HTC akan diperkenalkan dengan nama tersebut.

Beberapa ciri-ciri istimewa yang diperlihatkan pada imej tersebut ialah:
  • Sense 5.0 diperlihatkan, yang mana ia seakan-akan menggunakan antaramuka bergrid seperti reka bentuk Windows Phone OS 
  • Hanya 2 butang kapasitif iaitu Back dan Home, tidak seperti peranti HTC yang lain yang hadir dengan 3 atau 4 butang kapasitif. 
  • Bahagian sisi dikemaskan dengan kemasan reka bentuk chamfer, umpama Iphone 5 sementara bahagian atas dan bawah dikemaskan dengan reka bentuk serupa peranti Blackberry Z10


HTC dijangka akan menjawab persoalan misteri kepada  HTC M7 pada 19  Februari kelak.

Sumber:
HTC May Unveil Its New Flagship Phone At New York And London Press Events On February 19
New HTC One Flagship Phone Gets Pictured, As A Picture Reportedly Taken With Its Camera Leaks

0 comments:

Catat Ulasan