Searching...
Selasa, 12 Februari 2013

Motorola Atrix HD Ungguli Kajian Kepuasan Pengguna di Amerika Syarikat

Berdasarkan satu kajian kepuasan pengguna yang dijalankan oleh pihak ondeviceresearch.com, adalah didapati bahawa rata-rata pengguna lebih gemar dan berpuas hati dengan peranti Android milik mereka, berbanding pengguna peranti yang menjalankan OS lain. 

Kajian ini telah melibatkan 320,000 pengguna peranti telefon pintar dan tablet di 6 negara iaitu US, UK, France, Germany, Japan dan Indonesia. 


Hasil kajian ini mendapati bahawa pengguna Android di Amerika Syarikat lebih berpuas hati daripada pengguna iPhone 5, yang hanya berada di tangga ke 5 dalam carta tersebut. Di samping itu, tidak mengejutkan juga bahawa pengguna rangkaian produk Motorola,  menunjukkan kepuasan yang tertinggi menerusi dua produk perdana mereka iaitu Motorola Atrix HD (juga dikenali sebagai Motorola Atrix 3) dan Motorola Droid Razr M. 


Kajian Di UK
Kajian yang sama telah dijalankan di UK, dan hasilnya telah menunjukkan bahawa iPhone 5 ternyata memberikan kepuasan yang tinggi kepada penggunanya kerana menduduki tangga kedua dalam carta kajian terbabit.

Walau bagaimanapun, mata skor kepuasan yang dicatatkan oleh iPhone 5 tidak jauh meninggalkan peranti Samsung lain seperti Samsung Galaxy Note 2, Samsung Galaxy S3 Mini dan Samsung Galaxy S3.
Pengaruh 4G

Keputusan kajian ini banyak dipengaruhi oleh kewujudan perkhidmatan 4G di negara-negara tersebut. Sebagai contohnya di US, 4 peranti dengan skor tertinggi merupakan peranti 4G. Pengguna-pengguna perkhidmatan 4G juga mencatatkan skor kepuasan yang lebih tinggi (7.76) daripada para pengguna yang tidak menggunakan perkhidmatan 4G (7.28). 

Hal ini berlainan di UK di mana hanya terdapat satu syarikat telco yang menawarkan perkhidmatan 4G, lantas memberikan persaingan yang seimbang di antara peranti-peranti sedia ada. Para pengguna di UK kurang cenderung untuk meletakkan peranti 4G sebagai peranti yang mampu memberikan kepuasan tinggi kerana perihal tersebut.

Sumber:


Motorola Atrix HD dan ya, saya juga merupakan peminat peranti Motorola.

0 comments:

Catat Ulasan