Searching...
Selasa, 3 Julai 2012

Apa itu Android Launcher?

Skrin utama untuk Android 2.1 pada Xperia X8,
menggunakan launcher asal peranti tersebut.
Salah satu ciri-ciri istimewa sistem operasi Android (Android OS) ialah penggunanya bebas untuk mengubah susun atur dan menu interaksi peranti Android anda, termasuklah kebebasan untuk menguruskan susun atur skrin utama (home screen) anda mengikut cita rasa anda. Hal ini berlainan dengan sistem operasi telefon pintar atau tablet lain yang meletakkan had pengubaisuaian pada susun atur aturmuka pengguna (UI interface) peranti tersebut.

Skrin utama Launcher7 pada Xperia X8.
Menurut Webopedia.com, Android Launcher merujuk kepada sebahagian daripada aturmuka pengguna (UI) Android yang memberikan kebebasan kepada pengguna peranti Android untuk mengubahsuai skrin utama, melancarkan aplikasi, membuat panggilan telefon dan melaksanakan tugasan pada peranti Android anda.

Android launcher atau pelancar Android boleh dilihat agak berbeza bergantung kepada versi Android yang digunakan dan pengeluar peranti Android tersebut.

Pengguna diberi kebebasan untuk
memilih aplikasi launcher yang telah
dipasang pada peranti Android mereka.  
Di samping itu juga, pengguna Android OS juga diberikan kebebasan untuk memilih sama ada untuk menggunakan aplikasi Android Launcher yang sedia ada pada peranti Android mereka atau mereka juga boleh untuk memasang Android Launcher lain bagi tujuan pengubahsuaian aturmuka pengguna atau  skrin utama anda.

Pada masa yang sama, perlu diingatkan juga bahawa pengguna Android boleh mendapatkan pelbagai jenis applikasi Android Launcher yang boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play. Antara Android Launcher yang popular untuk telefon pintar Android ialah Go Launcher, LauncherPro, ADW Launcher7, Apex Launcher dan Nova Launcher. Aplikasi-aplikasi ini boleh dicari melalui senarai carian Google Play dengan kata kunci 'Launcher.'

Pelbagai aplikasi Android Launcher yang terdapat dipaparkan melalui aplikasi Google Play boleh dimuat turun secara percuma dan ada di antaranya memerlukan penggunanya untuk membeli aplikasi Android Launcher atau menyumbang sedikit wang kepada pembangun aplikasi tersebut. Sebuah peranti Android boleh dilengkapi dengan pelbagai aplikasi Android launcher dan terpulang kepada pengguna Android untuk memilih launcher yang digemari sebagai launcher yang utama.

Skrin utama Launcher Pro pada Xperia X8.
Untuk artikel blog di masa hadapan, kita akan membincangkan Android Launcher yang popular di pasaran pada masa kini.

Sumber:

0 comments:

Catat Ulasan