Searching...
Rabu, 11 Julai 2012

Ada Apa Dengan Android 4.1?


Android 4.1 Jelly Bean merupakan kemas kini sistem operasi Android yang terbaru yang telah dilancarkan secara rasmi dalam Google Conference I/O pada 28 June 2012. Android versi ini menjanjikan pelbagai ciri-ciri istimewa yang baru, menarik dan sudah pastinya beroperasi dengan lebih baik daripada versi Android 4.0 Ice Cream Sandwich (ICS).
Memandangkan masih ramai pengguna peranti Android yang tidak tahu akan kelebihan dan ciri-ciri utama Android 4.1 ini, blog post pada kali ini akan membincangkan ciri-ciri istimewa tersebut. Oleh itu, mari kita lihat akan keistimewaan yang ditonjonkan dalam Android 4.1 Jelly Bean.
  • Sistem operasi yang lebih pantas dan pintar hasil Project Butter
Seperti yang telah dinyatakan dan diterangkan dalam blog post ini, Prjoect Butter sudah pasti akan memberi impak positif terhadap kepantasan dan kelancaran sistem operasi ini.
  • Kebolehcapaian dan akses lebih mudah 
Kini, pengguna lebih mudah untuk mengakses dan mengawal elemen dan navigasi melalui gerakan mudah. Pengguna boleh merujuk kepada tutorial yang boleh membantu anda untuk menggunakan kemudahan akses ini dengan lebih baik.
  • Bantuan teks dua arah dan penambahan bahasa lain 
Android 4.1 boleh memudahkan pengguna dengan adanya element TextView dan EditText. Aplikasi-aplikasi ini boleh digunakan untuk memaparkan teks dan menjadi pelantar untuk penyuntingan teks. Aplikasi-aplikasi ini juga mendapat sokongan bahasa Arab dan Ibrani serta fon bersekutu. 

Selain itu, Android 4.1 JB juga akan menonjolkan sokongan bahasa yang baru seperti bahasa Kannada, Telugu, dan Malayalam, emoji baru aksara dari versi 6.0 Unicode, sokongan glif yang lebih baik untuk pengguna bahasa Jepun, sistem tulisan bahasa Arab yang dioptimumkan untuk WebViews sebagai tambahan kepada sistem tulisan Arab untuk TextViews, sokongan teks menegak dalam WebViews dan Sintetik Bold kini boleh didapati untuk semua fon.
  • Papan kekunci yang mesra pengguna 
Platfom 4.1 kini menyokong pemasangan papan kekunci dengan lebih mudah, secara fizikal dan tetapan perisian papan kekunci maya.
  • Applikasi Google Now 
Salah satu ciri baru yang paling menonjol ialah aplikasi Google Now. Ia merupakan sistem pengecaman dan pencarian suara yang berfungsi umpama Siri. Sistem ini dilengkapi dengan maklumat dari sejarah pencarian, kalendar dan data lokasi carian anda untuk memberikan jawapan yang diinginkan dengan pantas. Aplikasi ini boleh diakses melalui menu notifikasi
  • Menu notifikasi yang boleh diubah suai 
  • Tetapan untuk memilih penerimaan kemas kini notofikasi 
  • Pintasan dan widget yang boleh disusun dan disaizkan untuk menepati ruangan pada muka hadapan antaramuka 
  • Android Beam yang memudahkan pertukaran data melalui bluetooth 
  • Diktasi suara di luar talian
Kini,  pengguna peranti Android boleh menggunakan aplikasi pencarian melalui suara di luar talian, tanpa perlu untuk menggunakan talian data atau talian WIFI. Selain itu, anda juga boleh menggunakan suara untuk tujuan menaip.
  • Antaramuka yang baru untuk tablet berskrin kecil 
  • Sistem pencarian melalui suara yang lebih baik 
  • Aplikasi asal kamera yang diperbaharui 
  • Foto kenalan yang tinggi resolusi 
  • Audio pelbagai saluran 
  • Kemudahan Audio melalui USB 
  • Audio Chaining
Kemampuan untuk memainkan pelbagai data audio secara berterusan tanpa henti, memudahkan peralihan di antara fail audio untuk dimainkan dengan lancar meskipun daripada berlainan album.
  • Pelayar internet and Webview yang diperbaharui
Dalam Android 4.1, pelayar Android and Webview akan disertakan dengan kepenggunaan HTML5 untuk main balik video yang diperbaharui, aktiviti skrol dan zoom yang lebih pantas dan lancar, prestasi animasi HTML5/CSS3/Canvas dan kemasukan input teks yang lebih baik, JavaScript Engine (V8) yang dikemaskini untuk prestasi Javascript yang mantap, dan sokongan daripada HTML5 Media Capture.

Sumber:
Android 4.1 for Developers
Five best features of Android 4.1 Jelly Bean
Android 4.1 Jelly Bean Features List

3 comments:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Good article, suggest you attach beberapa video mengenai Android 4.1 dalam article ni sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas cadangan tersebut.

      Padam