Searching...
Sabtu, 5 Januari 2013

Samsung Bakal Meninggalkan Android?

Pada penghujung tahun 2012, Samsung Electronics Co. telah mengumumkan untuk mengeluarkan beberapa model telefon pintar yang beroperasikan menggunakan sistem operasi Tizen pada tahun 2013. 

Tizen ialah satu lagi OS dalam keluarga Linux.

Tizen ialah salah satu lagi sistem operasi sumber terbuka seperti Android dan mendapat sokongan daripada Samsung, DoCoMo dan Vodafone. Tizen juga merupakan sistem operasi yang terbuka sepenuhnya dan boleh beroperasi untuk telefon pintar, tablet, TV pintar, peranti 'In-car entertainment' (IVI) dan banyak lagi. 

Susunatur antaramuka MeeGo untuk telefon pintar, yang
bagaimanapun telah dihentikan perkembanganya,
Tizen OS telah berkembang setelah project MeeGo oleh Nokia dan Intel dihentikan pada September 2011 kerana Linux Foundation lebih tertarik untuk meletakkan fokus dalam mengembangkan Tizen. Tizen juga telah menarik perhatian syarikat gergasi seperti Samsung, Intel dan lain-lain dalam usaha untuk menyaingi dan mengurangkan kepenggantungan terhadap Android dan iOS.

Baru-baru ini juga, Samsung telah mengesahkan rancangan mereka untuk beransur-ansur untuk meninggalkan Android, menerusi laporan dalam laman bgr.com. Menurut laman tersebut, Samsung berkemungkinan bertindak sedemikan untuk memiliki sistem operasi sendiri secara sepenuhnya untuk ditawarkan kepada penguna peranti elektronik Samsung kelak. 

Demo untuk Tizen. Gambar Ehsan Google.


Dalam pada itu, kemungkinan besar juga Samsung akan bergantung sepenuhnya kepada sistem operasi Tizen, yang turut disokong oleh Intel. Samsung juga telah lama menunjukkan minat terhadap Tizen sehinggakan pada Consumer's Electronic Show 2012, eksekutif Samsung, Kang Tae-Jin telah menyuarakan minat Samsung untuk mengabungkan Tizen dengan sistem operasi Bada, yang telah dicipta dan dikembangkan oleh Samsung. Tidak mustahil juga dengan adanya kerjasama daripada Samsung and Intel, Samsung bakal mengeluarkan model telefon pintar yang dikuasakan oleh pemproses (processor) Atom keluaran Intel.

Diharapkan situasi ini akan merancakkan lagi persaingan antara sistem operasi telefon pintar yang telah sedia ada rancak. Kini masih terlalu awal untuk kita menilai apakah masa depan Samsung dan sejauh manakah Tizen boleh melangkah dalam persaingan ini.

Sumber:

0 comments:

Catat Ulasan