Searching...
Sabtu, 12 Januari 2013

LocalAPK Semak Kemaskini Fail APK pada Windows

LocalAPK ialah aplikasi yang terbaik untuk mengendali dan menyusun atur koleksi fail-fail apk di dalam PC anda.

Menurut laman rasmi aplikasi ini, aplikasi ini mempunyai beberapa fungsi-fungsi seperti:

  • Menyemak kemaskini terkini bagi fail apk
  • Menamakan semula fail apk mengikut nama pakej atau aplikasi
  • Pilihan untuk membuang apk yang outdated
  • Pemindahan fail apk keperanti Android melalui kod QR
  • Menjalankan arahan berdasarkan maklumat mengani fail apk
  • Sambungan kepada shell APK
Paparan antaramuka aplikasi ini.
Bagi memperlihatkan lagi fungsi-fungsi aplikasi ini dengan lebih jelas, aplikasi ini telah dipasang dan berikut merupakan hasilnya.

Menu pilihan
Menu yang dipaparkan termasukan pilihan untuk menamakan aplikasi, menghantar fail apk melalui kod QR, membuang fail apk dan membuka folder yang mengandungi fail apk tersebut.
Penyemakan kemaskini fail apk

Setiap fail apk akan disemak dan versi terkini fail tersebut akan dinyatakan.
Penamaan fail apk 
Fail apk yang dimuat turun seringkali dinamakan mengikut nama singkat dan hal ini agak mengelirukan. Ruangan-ruangan di atas ialah nama fail, nama pakej dan nama rasmi aplikasi mengikut Play Store (dari kiri ke kanan).

Pengguna boleh menamakan fail apk satu-persatu.
Pengguna juga boleh menamakan dan membuang fail apk secara pukal.
Penghantaran fail apk melalui kod QR
Kod QR digunakan untuk penghantaran fail apk tanpa menggunakan wayar.
Kesimpulan

Sebagai rumusan, aplikasi LocalAPK ialah merupakan satu aplikasi yang sangat berguna kepada pengguna yang gemar memuat turun fail apk melalui PC. Fungsi-fungsi asas yang ditonjolkan aplikasi ini memudahkan pengguna-pengguna tersebut dalam menyimpan koleksi fail apk mereka. 

Selain itu, aplikasi ini juga sangat berguna kepada pengguna Android yang tidak memiliki mana-mana aplikasi Android market.

Sumber:
[TOOL] LocalAPK 1.5.2 [Windows]

0 comments:

Catat Ulasan