Searching...
Jumaat, 18 Januari 2013

AirDroid 2.0 Beta Kini Didedahkan Kepada Umum


Android 2.0 beta kini boleh dimuatturun oleh umum.
AirDroid merupakan salah satu aplikasi yang wajib dimiliki untuk setiap pengguna Android. Sebagai pengguna Android yang sering melakukan penghantaran dan pengemaskinian fail-fail di dalam peranti Android, saya mendapati aplikasi ini telah banyak memudahkan proses-proses tersebut.

Bagi pengguna peranti Android yang belum mengenali AirDroid, anda boleh merujuk kepada paparan blog sebelum ini.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, AirDroid masih lagi dalam proses perkembangan yang mana lebih banyak ciri-ciri dan fungsi-fungsi istimewa akan ditambahkan kepada aplikasi ini. Menurut AndroidAuthority.com,
AirDroid 2.0 beta kini mengandungi beberapa penambahbaikan daripada versi sebelum ini. Pertama, pengguna tidak perlu lagi untuk memasukkan kod untuk tujuan pengesahan sambungan talian. Kini, pengguna hanya perlu klik "Accept" pada peranti anda untuk melakukan sambungan dalam talian, yang mana kaedah ini lebih mudah berbanding sebelum ini. Selain itu, kini pengguna juga boleh untuk mengendalikan peranti mereka dari jauh umpama memiliki alat kawalan jauh.
AirDroid 2.0 Beta telah didedahkan kepada umum dan boleh dimuatturun di sini.

Ulasan penuh mengenai aplikasi beta akan dipaparkan di masa terdekat. Anda juga boleh merujuk sumber-sumber di bawah untuk bacaan lebih lanjut.

Sumber:
AirDroid 2.0 beta is now available to the public
AirDroid 2 Beta APK Is Now Available To All, Remote Camera Access And 'Find Phone' In Tow
AirDroid 2.0 Beta Invitation

0 comments:

Catat Ulasan