Searching...
Sabtu, 5 Januari 2013

Star S1: Telefon Pintar Mampu Milik Buatan Malaysia

Poster promosi potongan harga. Sumber: http://www.starmobilegroup.com

Baru-baru ini, Star Mobile Sdn. Bhd., salah satu syarikat pengeluar telefon pintar tempatan telah memperkenalkan model telefon pintar mampu milik keluaran sendiri, Star S1 yang kini disertakan dengan promosi potongan harga RM 50 sehingga 7th Januari ini.
Star S1: Phablet mampu milik keluaran syarikat tempatan.
Star S1 memiliki beberapa ciri-ciri spesifikasi yang menarik seperti memiliki skrin sesentuh kapasitif 5 sentuhan sebesar 5.3" pada resolusi 960 x 540 pixel. Star S1 juga akan mengunakan sistem operasi Android 4.1. Berikut merupakan specifikasi dalaman model ini.
CPU: MTK6577 Cortex A9 Dual Core 1GHz
GPU: SGX531
RAM: 1Gb
ROM: 16Gb by TF card
Selain itu, telefon pintar atau phablet yang boleh menjalankan 2 sim kad ini juga 5 Megapixel sebagai kamera utama yang juga menyokong rakaman video HD, 720 p.

Kamera utama 5 Mp. Sumber: http://www.starmobilegroup.com
Dengan saiz 78 x 148 x 9.7 mm, model ini hanyalah seberat 199 g.

Nipis. Sumber: http://www.starmobilegroup.com
Untuk pengetahuan dan info yang lebih lanjut tentang model ini, anda boleh merujuk kepada laman rasmi syarikat ini seperti yang berikut:

Sumber:

0 comments:

Catat Ulasan