Searching...
Sabtu, 19 Januari 2013

Pengenalan Kepada Custom ROM Android

Salah satu perkara yang menarik mengenai peranti Android ialah pengguna-penggunanya bebas untuk mengubah versi sistem operasi Android pada peranti mereka. 

Berlainan dengan peranti yang menggunakan sistem operasi lain, pengguna-penguna Android disajikan dengan pelbagai pilihan ROM yang kini dikeluarkan oleh beberapa komuniti-komuniti pemaju Android dari seluruh dunia.
ROM bermaksud Read Only Memory. ROM ialah pengaturcaraan tahap rendah (firmware) yang mengandungi sistem operasi dan aplikasi asas untuk memastikan peranti anda berfungsi.
Ramai pengguna-pengguna Android mengetahui akan kewujudan custom ROM dan ramai juga yang setakat hanya pernah mendengar akan nama-nama custom ROM meniti di bibir-bibir pengguna tegar peranti Android. Paparan blog kali ini akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan custom ROM.

Apa itu custom ROM?
Logo CynogenMod; komuniti pemaju
Android yang terbesar dan paling popular masa kini.
ROM tersuai atau Custom ROM ialah sistem operasi versi penuh mandiri, termasuklah kernel (yang memastikan segala-galanya berfungsi), aplikasi, perkhidmatan dan lain-lain - semua   perkara yang diperlukan untuk memastikan peranti anda berfungsi, kecuali pengubahsuaian telah dilakukan untuk memenuhi citarasa pengguna dan kemampuan peranti.

Ia sangat berlainan daripada ROM stok/asalan atau stock ROM yang merupakan sistem operasi asalan peranti Android anda, sejak ia dikeluarkan daripada pengeluar peranti tersebut.

Kenapa custom ROM diwujudkan?
Custom ROM wujud kerana seperti yang kita sedia maklum, Android ialah sistem operasi sumber terbuka dan pemaju-pemaju bebas untuk menggunakan stock ROM sedia ada untuk tujuan pengubahsuaian, membuang ciri-ciri yang tidak diperlukan, mengoptimumkan ciri-ciri sedia ada, menambahbaikkan ciri-ciri sedia ada dan pelbagai lagi, seiring dengan kemampuan dan kemahiran mereka.

Kebanyakkan pengguna peranti Android pada masa kini gemar untuk menggunakan ROM tersuai kerana pengubahsuaian yang telah dilakukan terhadap ROM menambahbaik kemampuan peranti Android mereka untuk beroperasi dengan lebih baik.

Kesimpulan
MIUI, komuniti pemaju Android terbesar di
China juga kian mendapat tempat di hati pengguna
peranti Android masa  kini.
Kini, terdapat banyak pilihan ROM tersuai yang dikeluarkan oleh komuniti-komuniti pemaju Android seperti CynogenMod, MIUI, AOKP, Paranoid Android dan SlimAndroid. Berikutan terdapat banyaknya versi-versi ROM tersuai ini, yang nyatanya boleh menambahbaikkan kemampuan peranti Android anda: maka ramai pengguna peranti Android kini lebih memilih untuk menggunakan ROM tersuai berbanding ROM asalan.

Kebaikan-kebaikan dan kelebihan-kelebihan menggunakan ROM tersuai akan diungkapkan dalam paparan blog di masa hadapan.

Sumber:

4 comments:

  1. Nice information and nice template blog....please continue, may we can link exchange ??? visit to my blog http://ekosky.blogspot.com and http://homesehat.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen. Akan saya lawati blog anda. :-)

      Padam
  2. huhuhu kurang paham...tapi belalang tau info2 kat sini memang sangat2 berguna...
    mybe kena dtg dan teliti dua tiga kali lagi...

    satu lagi, cantik sgt template blog ni. tahniah ek :)

    BalasPadam