Searching...
Jumaat, 11 Januari 2013

[Ulasan Aplikasi] AirDroid for Android: Aplikasi Penyegerakkan Android Tanpa Wayar

AirDroid for Android ialah salah satu aplikasi unik dan harus dimiliki oleh semua pengguna peranti versi Android 2.1 dan ke atas. 

Dengan adanya Airdroid, pengguna peranti Android kini boleh menyegerakkan (synchronise) peranti Android mereka tanpa mengunakan wayar. Hal ini memudahkan penggunaa-pengguna Android untuk melakukan penghantaran fail, memasang aplikasi daripada PC, memainkan fail muzik dari peranti Android anda, membaca dan membalas sms melalui PC, dan banyak lagi.




Anda  boleh memasang aplikasi Android melalui komputer anda, tanpa menggunakan wayar.
Peranan AirDroid boleh diumpamakan dengan aplikasi iTunes bagi produk Apple yang berfungsi tanpa menggunakan wayar dan pemasangan aplikasi khas pada PC anda; peranti Android dan PC anda bersambung melalui satu laman antaramuka.

Fungsi-fungsi ini tidak terhad kepada yang telah dinyatakan sebelum ini kerana pihak pemaju aplikasi ini, SAND STUDIO, masih lagi dalam usaha untuk memperbanyakkan lagi fungsi-fungsi yang lebih menarik. 
Aplikasi ini telah dipasang dan berikut merupakan hasilnya.

Laman Antaramuka Mesra Pengguna
Laman antaramuka sebelum pengguna log masuk ke peranti Android.

Laman antaramuka setelah pengguna log masuk ke peranti Android.
Paparan antaramuka AirDroid setelah selesai log masuk
Paparan antaramuka folder dan info mengenai peranti Android anda.
Penghantaran Fail Yang Mudah


Anda boleh menghantar lagu, video dan fail-fail lain melalui aplikasi AirDroid for Android ini.
Selesai penghantaran video ke peranti Android.
Hanya perlu pilih fail untuk dihantar dan seterusnya "Drag & Drop."
Pengurusan dan Pemantauan Memori


Anda boleh melihat penggunaan memori sebelum menghantar fail-fail seperti musik dan gambar.
Satu lagi peranti Android mencuba aplikasi pintar ini.
Kepantasan sambungan tanpa wayar
AirDroid juga boleh memainkan lagu daripada peranti Android secara langsung,  tanpa wayar.
Kesimpulan

AirDroid sememangnya salah satu aplikasi yang harus dimiliki oleh semua pengguna peranti Android. Aplikasi ini memudahkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan peranti Android dan PC anda dengan menggunakan satu laman antaramuka yang mesra pengguna. 

Aplikasi pintar ini mudah digunakan dan pemasangannya tidak mengambil masa yang lama. Tambahan pula, aplikasi ini boleh didapati secara percuma di laman Play Store.

Sumber:


0 comments:

Catat Ulasan