Searching...
Isnin, 7 Januari 2013

APK Shell Extension Paparkan Ikon APK pada Windows

Tidak dinafikan bahawa terdapat ramai pengguna peranti Android gemar untuk memuat turun fail Android package installer (APK) melalui komputer atau komputer riba. 

Ikon kosong pada fail apk.
Hal ini dirancakkan lagi dengan adanya pelbagai laman Android market yang menawarkan akses untuk memuat turun fail-fail apk secara pukal melalui PC yang nyatanya lebih mudah dan pantas.

Fail-fail apk yang dimuat turun ini seringkali menunjukkan paparan ikon kosong seperti yang ditunjukkan di sebelah.

Kadangkala ikon-ikon ini tampak mengelirukan kerana nama fail yang dimuat turun tersebut selalunya tidak lengkap atau dalam bentuk singkatan.

Fail apk yang menggunakan nama singkatan boleh mengelirukan.
Penyelesaian:

Masalah ini boleh diselesaikan dengan adanya APK Shell Extension, sebuah aplikasi sambungan yang diperkenalkan oleh pemaju Android dan ahli forum dalam talian Xda-davelopers.com.
Ikon fail apk dipaparkan seperti ia dipaparkan
di dalam peranti Android anda.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dan dirujuk melalui laman Google code project atau forum ini.

Aplikasi ini telah dipasang dan hasilnya adalah seperti yang berikut.

Selain itu, fungsi lain aplikasi ini adalah seperti berikut: 
  • Menu untuk Install dan Uninstall fail-fail apk melalui ADB,
  • Mesej pertanyaan mengenai info fail-fail apk.
Projek ini belum terhenti di sini dan terdapat banyak fungsi bagi aplikasi ini pada masa akan datang, menurut pemajunya, allangoing.

Aplikasi sambungan ini boleh dipasang Windows 7 (32 dan 64 bit), dan mesti disertakan dengan pemasangn .net framework 4.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi sambungan ini melalui sumber di bawah.

Ikon fail apk yang kini lebih kemas dan menarik serta tidak mengelirukan lagi.
Tidak lagi keliru dengan nama singkatan fail-fail apk.
Sumber:

0 comments:

Catat Ulasan