Searching...
Selasa, 12 Februari 2013

Instagram Melalui Browser dengan Share.me


Sebelum Intagram menawarkan penggunanya untuk melihat profail Instagram mereka melalui pelayar internet secara rasmi sebelum ini, terdapat beberapa laman internet lain yang boleh digunakan untuk melihat profail Instagram anda dan rakan-rakan anda melalui pelayar internet; seperti staticgram dan Instadash.

Baru-baru ini, muncul satu lagi alternatif baru untuk melihat profail Instagram anda melalui pelayar Chrome atau Mozilla Firefox anda, yang juga menawarkan antaramuka unik dan berlainan daripada paparan antaramuka Instagram pada peranti mobil anda. 

Laman yang dimaksudkan ialah Share.me yang merupakan salah satu cara baru untuk melihat profail Instagram anda melalui pelayar internet anda, dengan paparan antamuka  dan susun atur daripada laman Pinterest.

Berikut merupakan beberapa paparan tangkapan skrin (screenshot) setelah mencuba laman tersebut.

Paparan Antamuka

Susun atur antaramuka Pinterest?
Paparan gambar secara individu.
Rangkaian penguna lain

Pilihan rangkaian pengguna Intagram lain.
Anda boleh memilih untuk melihat paparan profail Instagram lain
berdasarkan  populariti dan gambar tempatan.

Pengguna Instagram juga boleh menggunakan laman lain seperti Statigram, Webstagram dan Pinstagram untuk tujuan yang sama.
Sumber:

0 comments:

Catat Ulasan