Searching...
Ahad, 1 Julai 2012

Pengaruh Project Butter dalam Sistem Operasi Android

Project Butter presented in Google I/O - 
from  http://www.talkandroid.com/  
Project Butter ialah usaha yang dilakukan oleh pembangun system operasi Android untuk menjadikan Android OS untuk beroperasi dengan 60 fps and sekaligus mengatasi masalah antaramuka pengguna (user interface – UI) Android yang agak perlahan, seperti yang telah dilihat dalam beberapa versi Android OS sebelum ini. 
Menurut Amog.com, Project Butter dijangkakan akan mengurangkan tempoh tindak balsam meningkatkan respon and menjadikan Android OS beroperasi dengan lebih laju dan lancar. Lancar umpama mentega yang cair, seperti itu jugalah Android OS yang terbaru kerana ia akan lebih responsive dan pantas, dengan dilengkapi oleh tiga aspek grafik yang ditingkatkan dan vsyns timing yang berlanjutan.

Dengan keupayaan 60 fps melalui vsync, pengguna Android OS tidak lagi akan mempunyai masalah bahawa telefon pintar atau tablet mereka beroperasi dengan antaramuka pengguna (UI) yang perlahan dan agak lembab. Android 4.1 Jelly Bean (JB) telah diisytiharkan untuk menjadi system operasi Android pertama yang mengaplikasikan system ‘vsync timing’ ini, yang akan mempengaruhi semua aspek antaramuka pengguna (UI) Android versi baru ini. 

Dengan ciri istimewa ini, peranti Android anda akan beroperasi dengan lebih pantas dengan kelancaran konsisten 60 fps yang mempengaruhi pentafsiran aplikasi Android, respon sentuhan, dan komposisi paparan skrin. Rumusannya, ‘forced vsync’ yang dimplimentasikan dalam system operasi Android yang baru ini akan lebih mempercepatkan setiap animasi yang dijalankan oleh kerangka kerja Android.

Sementara itu, tiga aspek grafik yang ditingkatkan (triple buffered graphics) akan meningkatkan lagi kepantasan Android dari segi keupayaan skrol dan tindak balas. Kaedah ‘triple buffering graphics’ ini terdiri daripada usaha untuk meningkatkan prestasi 3 hardware peranti Android yang utama iaitu CPU, GPU dan skrin paparan. ‘Triple buffered graphics’ berfungsi dengan memastikan ketiga-tiga alat-teras ini beroperasi pada kadar maximum seiring dengan keupayaan masing-masing. Dengan ini, animasi, applikasi skrol dan ulang tayang video dalam talian akan lebih lancar dan pantas.

Selain itu, Project Butter juga mensasarkan untuk memperkenalkan system sesentuh intuitif yang akan meningkatkan keupayaan CPU untuk meramalkan tindak balas sentuhan yang seterusnya secara berlanjutan bagi mengurangkan masalah tindak balas perlahan dalam Android OS. Skrin sesentuh akan lebih responsif dan mampu untuk menjejak pergerakan dan sentuhan jari anda dalam fungsi ini.

Secara rumusan, Project Butter akan meningkatkan kepantasan dan tindakbalas Android 4.1 Jelly Bean terutamanya dari segi aturmuka pengguna (UI). Seperti yang kita sedia maklum, Android 4.0 Ice Cream Sandwich (ICS) sendiri merupakan system operasi Android yang terpantas pada masa kini, namun Android 4.1 JB dijangkakan akan beroperasi dengan lebih pantas lagi dengan pengimplimentasian Project Butter ini. Selepas ini, mungkin isu aturmuka pengguna (UI) Android yang kadangkala agak lembab dan kurang responsive bukanlah menjadi isu untuk didebatkan dalam perang dunia tablet dan telefon pintar masa kini.

0 comments:

Catat Ulasan