Searching...
Ahad, 8 Julai 2012

Windows Boleh Menjalankan Aplikasi Android?

Susun atur paparan muka perisian Bluestacks App Player.
Kini, anda mampu untuk menjalankan aplikasi Android menerusi PC Windows. Sudah pasti tidak mustahil lagi untuk anda menggunakan aplikasi kegemaran anda seperti WhatsApp, Skype and Draw Something dan mencuba aplikasi Android yang baru sebelum menggunakannya melalui peranti Android anda. Di samping itu, anda juga boleh menggunakan perisian ini untuk memuat turun fail apk dan data tambahan dengan talian ethernet untuk peranti Android anda sebelum memindahkannya ke dalam peranti Android anda.

     Perisian yang dimaksudkan ini ialah Bluestacks App Player, yang masih lagi dalam projek beta. Maklumat lanjut mengenai perisian ini boleh dirujuk melalui laman ini. Pengguna juga perlu memuat turun data tambahan bagi perisian ini untuk dipasang sepenuhnya pada PC anda. Walau bagaimanpun, anda boleh memuat turun data tersebut di sini.
Google Play pada perisian ini.
     Seperti yang telah dinyatakan, perisian ini masih lagi dalam projek beta dan ditawarkan secara percuma kepada penggunanya. Selain itu, beberapa aplikasi Android masih belum berjalan lancar menerusi perisian ini, memandangkan ianya masih di peringkat awal perkembangan perisian ini.

Drop-down menu juga dapat digunakan menerusi perisian ini.
     Perisian ini tidak terhad kepada pengguna Windows sahaja kerana ianya juga ditawarkan kepada pengguna Macbook. Berikut merupakan beberapa screenshot kepada perisian tersebut.
Perisian ini juga disertakan dengan dock yang mnarik.
Senarai aplikasi Android yang boleh dijalankan secara terus menerusi dock perisian ini.
Draw Something!   
Sumber: 

0 comments:

Catat Ulasan