![]() |
Aplikasi Superuser digunakan untuk memberikan rooting access kepada pengguna Android OS. |
Pengguna-pengguna Android OS boleh mengubahsuai dan menukar beberapa ciri-ciri asal peranti Android mereka secara 100% melalui izin root access, yang juga berfungsi seperti mendapatkan 'permission to user admin control' dalam Windows OS yang anda gunakan atau jailbreak pada sistem operasi Apple iOS. Dengan adanya root access tersebut, pengguna Android OS akan lebih bebas lagi dalam meng-transfomasi-kan peranti mereka mengikut kehendak cita rasa sendiri.
![]() |
Aplikasi Superuser versi terbaru. |
Menurut Wikipedia.com, rooting ialah proces yang membenarkan pengguna sistem operasi Android untuk mendapatkan keizinan bagi mengawal dan menguruskan sub-system dalam Android OS. Rooting biasanya digunakan untuk mengatasi limitasi yang telah diletakkan oleh pengeluar atau pembawa talian komunikasi kepada peranti Android anda, yang menghadkan kebebasan pengguna untuk mengubah atau menggantikan aplikasi sistem dan tetapan yang asal, menjalankan aplikasi istimewa yang memerlukan administrator control permission, dan melakukan tugasan atau operasi yang tidak mampu dilakukan oleh peranti Android biasa. Dengan kata lain, rooting bermaksud mendapatkan keizinan daripada sistem operasi anda untuk melaksanakan pengubahsuaian secara global dan menyeluruh terhadap peranti anda.
Walaupun ramai pengguna Android OS menganggap tindakan mendapatkan root access ini sebagai berisiko dan mampu merosakkan sistem operasi pada peranti mereka, pelbagai forum dalam talian dan laman web sedia ada untuk membantu ada dalam mengembalikan tetapan asal peranti anda.
![]() |
Kelajuan Xperia X8 boleh dipacu kepada kelajuan maksimum melalui aplikasi SetCPU overclocking. |
Rooting juga boleh digunakan untuk menukar atau menyimpan sistem operasi awalan peranti Android anda. Dengan ini, tidak mustahil bagi pengguna Android menukar versi Android OS mereka dan juga menyimpan lebih daripada 1 sistem operasi pada peranti mereka dalam satu-satu masa. Selain itu, root access akan membenarkan pengguna Android OS untuk menjalankan aplikasi istimewa seperti aplikasi backup, tethering, screenshot dan overclock. Untuk pengetahuan anda juga, dengan memiliki aplikasi-aplikasi istimewa ini, peranti Android anda akan beroperasi dengan lebih lancar dan laju, mampu menjadi broadband mudah alih dan menjimatkan penggunaan bateri untuk jangka masa yang panjang.
Pada masa kini, terdapat pelbagai program atau aplikasi yang boleh digunakan untuk mendapatkan rooting access bagu peranti Android. Aplikasi-aplikasi seperti ini boleh didapati daripada pelbagai laman web dan forum internet seperti forum xda-developers.com dan Androidcentral.com. Setelah mendapatkan kebenaran root access, pengguna boleh menyemak sama ada peranti Android mereka telah mendapatkan rooting access melalui aplikasi Root Checker, yang boleh dimuat turun daripada Google Play.
Untuk perbincangan pada masa hadapan, kita akan menyentuh pula mengenai manfaat mendapatkan root access pada peranti Android anda dan aplikasi-aplikasi istimewa yang hanya boleh digunakan setelah mendapatkan rooting access.
Untuk perbincangan pada masa hadapan, kita akan menyentuh pula mengenai manfaat mendapatkan root access pada peranti Android anda dan aplikasi-aplikasi istimewa yang hanya boleh digunakan setelah mendapatkan rooting access.
Sumber:
3. Root Guide
0 comments:
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.