Searching...
Khamis, 14 Mac 2013

10 Tanggapan Umum Yang Salah Terhadap Peranti Android

Sebagai salah satu sistem operasi yang kian mendapat temapat di hati pengguna peranti-peranti elektronik pada masa kini, Android tidak lari daripada tanggapan umum yang positif dan negatif daripada tatapan masyarakat umum.

Sebagai salah satu sistem operasi sumber terbuka, pengguna peranti Android diberikan kebebasan untuk mengubahsuai peranti mereka mengikut cita rasa sendiri dan pada masa yang sama, boleh mendapatkan mana-mana peranti Android mengikut kesesuaian bajet pengguna.

Peranti Android pada masa kini boleh dikelaskan kepada low-end device, mid-end device dan high-end device. Namun, pengguna peranti elektronik pada masa kini kurang peka akan kewujudan kelas-kelas ini dan seringkali melihat kesemua peranti ini sebagai memiliki kekurangan yang sama.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa lagi tanggapan umum yang salah mengenai peranti Android yang akan diungkaikan dalam topic kali ini.


1. Skor aplikasi tanda aras atau benchmark menunjukkan kemampuan sebenar peranti anda

Seperi yang telah dinyatakan, peranti Android boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu peranti low-end, mid-end dan high-end mengikut spesifikasi peranti tersebut. Contohnya, pada masa kini, peranti Android dengan RAM sebanyak 512 Mb dan ke bawah boleh dikelaskan sebagai low-end manakala peranti Android dengan 2.0 Gb RAM dikelaskan sebagai peranti high-end. 

Dari segi pencapaian benchmark menerusi aplikasi seperti Antutu Benchmark, Geekbench dan GLBenchmark, sudah pasti lah peranti high-end mencatatkan skor yang lebih tinggi daripada peranti low-end dan mid-end. Aplikasi-aplikasi penanda aras atau benchmark ini mencatatkan skor bagi kepantasan peranti tersebut untuk membaca data, merekodkan data, kelajuan input-output dan kemampuan graphic processing unit (GPU)


Walau bagaimanapun, skor yang dicatatkan oleh aplikasi-aplikasi penanda aras ini bukanlah menunjukkan kemampuan sebenar atau 100% peranti Android anda. Melalui pengubahsuaian dan khidmat rooting, peranti Android mid-end boleh mencatatkan skor setaraf dengan peranti high-end yang belum diubahsuai.

Aplikasi-aplikasi seperti Chainfire 3D, Set CPU, Seeder Lag Reduction dan sebagainya, banyak membantu peranti-peranti ini untuk beroperasi dengan kemampuan yang luar biasa, setaraf dengan kapasiti spesifikasi dalaman yang diberikan.

2. Penggunaan Wifi mempercepatkan penggunaan bateri

Peranti Android anda beroperasi dengan lebih kuasa apabila sering mencari Wifi access point berulang-kali berbanding dengan sekiranya ia beroperasi dengan menggunakan Wifi access point yang sama tanpa perlu bertukar kepada access point yang lain. Hal ini disebabkan kerana dalam sambungan Wifi yang stabil, peranti Android anda tidak perlu menyelenggarakan aturan Wifi serta mengimbas dan mencari akan kewujudan Wifi access point yang lebih stabil; proses-proses ini menggunakan banyak kuasa bateri.

3. Android Rooting memasang sistem operasi versi baru kepada peranti Android anda

Android rooting
Seperi yang telah diterangkan menerusi topik sebelum ini, Android rooting ialah satu kaedah untuk memberikan kebebasan mutlak kepada pengguna atau pemaju Android untuk mengubahsuai pelbagai aspek pada peranti mereka. Dengan adanya root access, peranti tersebut boleh menjalankan pelbagai aplikasi pengubahsuaian lanjutan seperti Set CPU, Chainfire 3D, Root Explorer, Titanium Backup dan memudahkan pemasangan ROM tersuai. 

Pemasangan Android root pada peranti anda tidak sama sekali menukar versi Android anda mahupun memadam segala data dan fail pada peranti anda. Pemasangan Android root boleh dikatakan sebagai memasang aplikasi (seperti aplikasi Superuser) yang memberi kebenaran administrator kepada pengguna untuk menjalankan pengubaisuaian yang lebih advanced.

4. RAM yang tinggi = peranti Android yang beroperasi dengan pantas

RAM sesebuah peranti Android berfungsi sebagai pembantu kepada pemproces untuk menyimpan dan memproses data bagi aplikasi yang aktif dan aplikasi latar belakang. Fungsi ini amat penting kerana apabila aplikasi-aplikasi ini dibuka semula, pemproses peranti tersebut tidak perlulah untuk menjalankan aplikasi-aplikasi tersebut dari awal dan hanya terus mengambil alih tugas RAM dalam menjalankan aplikasi tersebut. Integrasi di antara pemproses dan RAM inilah yang dipanggil sebagai kemampuan oleh peranti tersebut untuk menjalankan multi-tasking - pelbagai tugas pada satu-satu masa.

5. Peranti dengan pemproses 4 teras (quadcore) sentiasa lebih laju daripada peranti dengan pemproses 2 teras (dualcore)

Memang benar bahawa semakin banyak teras pemproses yang terdapat pada sesebuah peranti Android, semakin pantas ia beroperasi berikutan dengan kadar keberkesanan kapasiti pemproses tersebut adalah lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hanya melihat kepada jumlah teras yang ditawarkan kerana kepantasan pemproses peranti Android juga boleh dilihat dengan nilai kelajuan catatan pemproses (processor clocking speed) tersebut. Sebagai contoh, peranti dengan pemproses 4 teras dan berkelajuan 1.0 Ghz tidak boleh disamakan dengan pemproses 2 teras berkelajuan 2.0 Ghz. 

Selain itu, jenis pemproses yang digunakan juga banyak memainkan peranan akan kelajuan dan keberkesanan sesebuah pemproses tersebut untuk berfungsi.

6. Peranti Android mendapat kemaskini daripada Google secara terus setiap kali versi Android baru diumumkan

Peranti Android yang dikeluarkan secara langsung oleh pengeluar hanya akan mendapat kemaskini versi Android menerusi pengeluar tersebut. Peranti-peranti ini dikatakan sebagai menggunakan stock ROM, yang merujuk kepada ROM yang dikeluarkan oleh pengilang/pembuat peranti tersebut. Pengguna-pengguna peranti ini perlu menunggu kemaskini rasmi daripada pengeluar sekiranya mereka ingin mendapatkan kemaskini pada versi Android mereka.

Hanya peranti yang dikeluarkan dengan kerjasama daripada Google Inc. sahaja yang akan mendapat kemaskini daripada Google sendiri - setiap kali versi Android baru yang diumumkan kepada khalayak ramai. Peranti-peranti seperti LG Nexus 4 dan Samsung Galaxy Nexus ini dikatakan sebagai menggunakan vanilla ROM, iaitu ROM yang direka khas dan mendapat kemaskini secara langsung daripada Google.   

7. Penggunaan aplikasi "apps killer" atau aplikasi yang menghentikan proses latar belakang akan memanjangkan jangka hayat bateri


Tahukah anda bahawa Android 2.1 dan ke atas memiliki sistem automatik yang membaca proses-proses yang dijalankan oleh RAM peranti tersebut dan seterusnya memilih untuk menghentikan aplikasi atau mengurangkan proces aplikasi tersebut sekiranya perlu?  Adalah lebih baik untuk membiarkan sistem automatik ini untuk berfungsi secara sendiri daripada memasang aplikasi pihak ketiga untuk menghentikan aplikasi dan proses latar belakang secara manual.

Hal ini ialah kerana apabila pemproses anda membuka aplikasi latar belakang tersebut semula, ia perlu menjalankan aplikasi tersebut dari awal dan hal ini memakan banyak kuasa bateri, ditambah lagi sekiranya proses ini dikitar semula bagi membuka aplikasi-aplikasi yang seterusnya.

8. Hanya Samsung mengeluarkan peranti Android yang terbaik 

Sebelum Android bertapak di dunia peranti elektronik pintar beberapa tahun yang lalu, para pengguna peranti elektronik agak ragu-ragu untuk menggunakan peranti berjenama Samsung dan lebih gemar untuk memilih peranti-peranti berjenama Nokia, Sony Ericssons dan Motorola. Namun pada masa kini, Samsung dilihat sebagai salah satu pengeluar peranti Android yang begitu berjaya. 

Walau bagaimanapun, kejayaan Samsung tidak boleh dilihat sebagai salah satu sebab mengapa pengguna haruslah memilih untuk menggunakan peranti berjenama dari Korea Selatan ini. Hal ini kerana pengeluar-pengeluar lain seperti Motorola, LG, HTC, Oppo, Asus dan Sony juga telah mengeluarkan peranti-peranti yang jauh lebih berkualiti dan lebih menarik jika dibandingkan dengan kebanyakan peranti Samsung. 

Sebagai contohnya, Sony tidak pernah lari daripada mengeluarkan peranti Android yang memiliki reka bentuk "seksi" dan menawan, HTC mengeluarkan peranti yang tampak ekslusif dan selesa dipegang, dan LG sering menawarkan peranti yang memiliki spesifikasi dalaman yang jauh lebih baik daripada pengeluar-pengeluar yang lain.

9. Kamera berpixel tinggi = Peranti yang baik
Nak pixel lebih besar, Samsung Galaxy Camera kan ada.

Peranti Android dengan kamera 8 Mp dengan rakaman HD sudah dianggap sangat baik pada masa kini kerana kebanyakkan pengguna Android menggunakan kamera mereka untuk dimuat naik kepada laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Pinterest

Kamera yang berpixel lebih tinggi akan mengambil gambar dengan resolusi yang lebih tinggi, lantas memberikan sedikit kesukaran dalam proses memuat naik gambar-gambar tersebut ke laman-laman yang telah dinyatakan di atas. 


10. Peranti Android mudah rosak seperti peranti berskrin sesentuh yang lain.

Sejak 2012, pengeluar-pengeluar peranti Android kian rancak dalam mengeluarkan peranti yang bukan sahaja tampak menarik dan memiliki spesifikasi dalaman yang hebat, malah juga memiliki ketahanan luar biasa. Selain itu, ketahanan peranti-peranti ini juga ditambahkan lagi dengan ciri-ciri khas seperti kalis air, kalis debu dan kalis calar. Kebanyakkan peranti Sony telah menawarkan ciri-ciri ketahanan luar biasa ini, sebagai contohnya Xperia Active dan Xperia Go; yang telah merancakkan lagi persaingan untuk  melahirkan peranti dengan ketahanan luar biasa. Anda tidak percaya dengan kenyataan ini? Silalah rujuk kepada beberapa siri video di laman Youtube mengenai ujian ketahanan peranti-peranti Android dengan ciri-ciri khas ini, seperti di bawah:




Kesimpulan
Android is awesome!

0 comments:

Catat Ulasan