Searching...
Ahad, 10 Mac 2013

[GAME]Jelly Defense: Permainan Tower Defense yang Paling Comel

Jelly Defense merupakan salah satu permainan berbayar yang digemari oleh ramai pengguna peranti Android dan iOS pada masa kini. Berlandaskan permainan menara pertahanan (tower defense) seumpama Robo Defense dan Grave Defense, Jelly Defense menawarkan permainan yang tampak lebih comel, lebih menghiburkan dan mesra pengguna. 
Selain menggunakan watak-watak yang berperwatakkan ceria dan menarik, bunyi latar belakang permainan juga sangat menghiburkan dan menghidupkan suasana peperangan perwira-perwira comel ini.  


Berikut merupakan beberapa paparan skrin daripada permainan.

Paparan Muka Depan

Paparan muka depan yang tampak ceria.

Jelly Defense dan dunia jeli-nya.
Motif permainan

Tutorial juga disertakan dalam level yang pertama.
Permainan 
Paparan menu yang agak menarik dan kreatif, di mana pengguna perlu menatal planet jeli tersebut untuk memilih peringkat atau level yang dikehendaki.
Raksaksa jeli merah dan tenteranya yang comel.
Raksaksa Jeli Biru yang tampak lebih berani dan tenang mengharungi menara pertahanan.
Ya, 10 bintang penuh untuk peringkat ini. Pengguna  hendaklah berusaha untuk melindungi seberapa bnyak batu permata hijau daripada dirampas oleh raksaksa jeli.
Level atau peringkat yang berbeza menguji strategi pertahanan pemain.
Malang sunggu kerana permata hijau nampaknya hampir bejaya dibawa keluar oleh raksaksa jeli merah.

Watak-watak yang comel.

Jellypedia untuk pengguna yang rajin membaca.
Liutenant kegemaran saya.
Kesimpulan
Secara purata, para pengguna atau pemain aplikasi ini telah memberikan rating skor 4.6 kepada aplikasi ni. Adalah tidak dinafikan, permainan boleh menimbulkan ketagihan kepada pemainnya dalam usaha untuk mempertahankan kesemua permata hijau bagi setiap level yang ditawarkan permainan ini, seperti yang dinyatakan oleh pengguna-pengguna aplikasi ini pada laman permainan ini.

Walau bagaimanapun, buat masa kini, permainan permainan yang tampak ceria, menarik dan comel  ini hanya boleh didapati melalui pembelian dan masih belum ada versi lite atau percubaan bagi permainan ini.

0 comments:

Catat Ulasan