Searching...
Selasa, 12 Mac 2013

Spesifikasi Google X Phone Didedahkan Kepada Umum


Baru-baru ini, Google digembar-gemburkan akan hadir dengan peranti Nexus baru, dengan kerjasama Motorola. Dengan nama kod Google X Phone, peranti keluarga Nexus ini diramalkan akan memiliki spesifikasi dalaman dan Android versi yang terbaru, bagi menyaingi peranti perdana Android daripada syarikat pengeluar terkemuka seperti HTC, Sony dan Samsung.

Menurut Androidworld.in, peranti baru Nexus ini dijangka akan hadir dengan ciri-ciri seperti yang dinyatakan di bawah.
  • Menggunakan versi Android 5.0 Key Lime Pie (kemungkinan besar)
  • Skrin HD penuh bersaiz 4.7-inci 
  • Chipset NVIDIA Tegra 4i
  • Kamera utama 16 Mp
  • Kamera hadapan 5 Mp, dengan sensor cahaya, pengesan gerakan mata untuk penatalan pada laman sesawang dan emel. 
  • Dimensi penuh: 131.2 x 66.7 x 7.9 mm
Sekiranya spesifikasi ini benar-benar dimiliki oleh peranti baru ini, sudah pasti persaingan dalam dunia Android yang sedia ada akan menjadi lebih rancak, bagi menandingi peranti-peranti perdana seperti HTC One, Xperia Z, dan Samsung Galaxy Note 2, yang baru menempatkan diri di dalam pasaran dunia.

Sebagai peminat peranti keluaran Motorola, saya juga mengharapkan agar dengan adanya peranti Android ini, Motorola boleh menempatkan diri semula dalam persaingan syarikat-syarikat pengeluar peranti Android yang lain.

Sama-samalah kita nantikan kemunculan peranti ini secara rasmi pada Google I/O yang setereusnya kelak.

Sumber:













Paparan Motorola X secara imbas menerusi laman yang dinyatakan di atas.

0 comments:

Catat Ulasan