Searching...
Jumaat, 31 Januari 2014

Android dan WP8: 7 Fungsi Android Yang Perlu Dimiliki WP8

Baru-baru ini, saya berpeluang untuk menggunakan peranti WP8. Sebagai pengguna tegar sistem operasi Android selama 2 tahun, pengalaman untuk membiasakan diri dalam menggunakan WP8 pada mulanya merupakan salah satu cabaran yang tidak mudah dilupakan.

Seperti yang kita sedia maklum, sistem operasi WP8 dan Android mempamerkan kelainan dari pelbagai sudut iaitu daripada segi pengalaman pengguna, fungsi-fungsi telefon pintar, susun atur muka dan sebagainya. Sukar untuk dinafikan bahawa agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam menggunakan sistem operasi peranti WP8 setelah banyak bergantung kepada fungsi-fungsi “magis” yang telah ditonjolkan oleh sistem operasi peranti Android selama ini.

Memang tidak dinafikan bahawa sistem operasi WP8 tampak lebih ringkas dan mesra pengguna berbanding sistem operasi lain namun WP8 juga  agak ketinggalan dalam persaingan dunia sistem operasi telefon pintar yang kini nyata diunggului oleh sistem operasi Android dan iOS.  

Dalam paparan blog kali ini , saya berkongsi akan beberapa fungsi-fungsi am sistem operasi Android yang saya ingin lihat dalam sistem operasi WP8 akan datang.

1. Pusat Notifikasi dan Bar Notifikasi ”Drop down”

WP8 tidak memiliki Pusat Notifikasi yang sepadu seperti Android dan iOS. Walau bagaimanapun, notifikasi peranti anda akan ditunjukkan melalui konsep Live Tiles yang tampak menarik dan ringkas. 

Walau bagaimanapun, sebagai pengguna yang kadangkala menerima lebih daripada 1 notifikasi pada satu-satu masa, saya lebih menggemari kaedah notifikasi Android melalui konsep Pusat Notifikasinya yang membenarkan pengguna untuk memilih dan memadam notifikasi yang diterima tanpa perlu untuk membuka aplikasi yang terlibat. 

Picture1
WP8 memaparkan notifikasi melalui fungsi Live Tiles sementara Android pula memaparkan notifikasi menerusi Drop-down Notification bar.

2. Notifikasi LED

Berlainan dengan Android, WP8 tidak memiliki fungsi untuk memaparkan notifikasi LED setiap kali menerima notifikasi pada masa nyata.

3. Tahap kelantangan atau profil bunyi yang berasingan untuk media, aplikasi dan nada dering

WP8 telah telah menyatukan tahap kelantangan muzik dan profil bunyi kepada satu aturan. Tidak seperti Android, pengguna tidak diberikan kebasan untuk mempunyai tahap kelantangan media yang berasingan pada setiap aplikasi dan pemain media.

Kelantangan bunyi untuk nada dering dan pemain media telah disepadukan dalam satu aturan.
Keadaan ini amat melecehkan bagi pengguna untuk mengubah kelantangan bunyi setiap kali membuka aplikasi yang berlainan.

4. Penyegerakkan fail dan media kepada PC tanpa wayar

Airdroid merupakan salah satu aplikasi pintar Android yang membolehkan pengguna untuk melakukan penyegerakkan fail dan media daripada PC ke peranti Android anda tanpa mengunakan wayar. Aplikasi ini telah banyak memudahkan aktiviti untuk menyegerakkan PC dan peranti Android anda dengan lebih pantas dan mudah.

Sehingga kini, penyegerakkan fail dan media pada peranti WP8 anda hanyalah mampu dilakukan melalui talian wayar dengan bantuan Zune atau File Explorer sendiri. Aplikasi alternatif kepada Airdroid untuk WP8 merupakan aplikasi ShareFolder, yang tidak semesra pengguna seperti Airdoir dan memiliki aturan yang sedikit kompleks. Aplikasi berbayar ini boleh dipasang untuk tujuan percubaan bagi tempoh 29 hari, berlainan dengan aplikasi Airdroid yang boleh digunakan secara percuma.

ShareFolder


5. Fungsi “Finger-seek” pada pemain musik

Fungsi finger-seek diperlukan oleh pengguna WP8 untuk tujuan memilih bahagian lagu yang dimainkan melalui sentuhan. Setakat ini, fungsi ini masih tidak ditawarkan dalam pemain musik asalan WP8.

6. Penyegerakkan pelayar internet WP8 dan PC

Integrasi di antara pelayar internet pada PC dan peranti mudah alih ialah merupakan salah satu ciri-ciri yang menjamin kelangsungan ekosistem kepenggunaan internet mudah alih. Hal ini adalah kerana para pengguna pada masa kini berhadapan dengan lebih daripada satu peranti, yang memerlukan mereka untuk memiliki satu sistem integrasi bagi memudahkan kepenggunaan mereka ketika malayari internet dan melakukan aktiviti secara dalam talian.

OS Android telah mampu untuk menampilkan sistem penyegerakkan yang telah memudahkan integrasi di antara bookmark pages, saved pages  dan sebagainya. Dengan integrasi ini juga, pengguna boleh menggunakan PC untuk melayari laman web yang dilayari dengan peranti mudah alih mereka dengan mudah tanpa perlu untuk melakukan pencarian laman web semula.

7. Pintasan “Lock screen”

Lock screen shortcuts ialah satu lagi fungsi menarik yang telah ditonjolkan oleh Android menerusi versi Android Jelly Bean. Dengan adanya fungsi ini, pengguna boleh membuka terus aplikasi yang digemari atau diingini dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu membuka kekunci skrin terlebih dahulu.


WP8 dan Masa Hadapan.

WP8 merupakan salah satu OS yang kian berkembang dan wajar diberikan ruang dan peluang untuk terus maju serta mampu menyaingi sistem operasi Android and iOS.

0 comments:

Catat Ulasan