Searching...
Ahad, 17 Februari 2013

[Ulasan Aplikasi] Layari Facebook Lebih Pantas dan Kemas dengan Fast Pro for Facebook

Logo Fast Pro for Facebook.
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak aplikasi-aplikasi pihak ketiga Facebook untuk peranti Android. 

Berikutan ini, para pengguna peranti Android bebas untuk memilih mana-mana aplikasi untuk melayari laman Facebook mereka, tanpa bergantung sepenuhnya kepada aplikasi Facebook for Android yang pra-dipasang pada peranti mereka.

Salah satu aplikasi pihak ketiga Facebook untuk peranti Android yang mendapat perhatian kali ini ialah aplikasi Fast for Facebook. Meskipun aplikasi ini masih lagi dalam projek Beta, namun ia telah berjaya mendapat reaksi yang cukup baik daripada rata-rata pengunanya. 


Aplikasi ini boleh didapati secara percuma di laman Play Store. Pengguna diberi pilihan untuk mendapatkan aplikasi yang sama dengan beberapa ciri tambahan dengan pembelian aplikasi Fast Pro for Facebook.

Aplikasi Fast Pro for Facebook telah dipasang dan hasilnya adalah seperti berikut:

Paparan Antaramuka Pengguna

Pada permulaan, pengguna diberi pilihan untuk menetapkan paparan antaramuka mengikut pilihan pengguna sendiri. Pengguna boleh menukarkan semula paparan ini melalui pilihan Setting.
Paparan menegak kelihatan kemas dan pantas kerana menggunakan latar belakang berwarna putih. Walau bagaimanapun, pengguna juga boleh menukar warna latar belakang ini melalui pilihan Settings.
 
Paparan secara melintang juga ditawarkan oleh aplikasi ini. Oleh itu, pengguna boleh melayari Facebook umpama membuka laman emel.


Untuk membaca komen atau melihat status Facebook yang panjang, pengguna hendaklah memilih status tersebut dan membacanya sebagai satu bebenang individu.
Notifikasi
Notifikasi akan muncul di bahagian sudut bawah kanan aplikasi. Pengguna boleh memilih pop-up tersebut untuk melihat senarai notifikasi terbaru.
Selain intu, pengguna juga boleh mendapatkan kemas kini masa sebenar (real time update) dengan memasang plug-in Fast Notification for Facebook secara percuma.

Mesra Pengguna
Selain kemas dan pantas, pengguna juga boleh swipe ke kiri dan ke kanan untuk melihat status kemas kini Facebook secara satu persatu.
Aplikasi ini juga membenarkan pengguna untuk melampirkan gambar, pautan laman web dan menandakan status kemas kini Facebook anda dengan nama-nama rakan-rakan Facebook anda.

Menu Aturan

Menu aturan aplikasi ini menawarkan pengguna dengan pelbagai pilihan untuk mengubahsuaikan ciri-ciri dan paparan antarmuka aplikasi ini mengikut kehendak pengguna.
Kesimpulan
Secara kesimpulan, adalah didapati bahawa aplikasi ini beroperasi dengan pantas dan berlatarbelakangkan warna yang kemas.  Aplikasi ini mudah digunakan dan sesuai untuk pengguna Facebook yang aktif dalam melayari laman tersebut. 

Pengguna dengan mudah dapat melihat dan membaca status kemas kini Facebook kenalan mereka dengan cepat dan mudah, tanpa perlu lagi mengambil masa yang agak lama untuk memuatkan segala kemas kini daripada kenalan mereka, jika dibandingkan dengan aplikasi rasmi Facebook for Android.

Aplikasi Beta yang masih lagi baru  ini telah mendapat skor kepuasan sebanyak 3.9 bintang daripada pengguna Android di Play Store. Aplikasi ini dijangka akan menjanjikan lebih banyak lagi fungsi-fungsi yang menarik di masa hadapan.

4 comments:

  1. pakai yang sedia ada dalam hp sahaja.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulang kepada cita rasa pengguna sendiri. :)

      Padam
  2. nampak best..tapi lebih selesa yg sedia ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang sedia ada pun bagus, tapi kurang pantas dibandingkan dengan yang ini.

      Padam