Hari ini, Evleaks mendedahkan imej yang berkemungkinan besar merupakan peranti perdana HTC yang baru. Imej yang didedahkan ini juga mungkin merupakan HTC M7 yang sering diuar-uarkan oleh HTC sebelum ini.
Peranti yang ini juga mungkin akan dikenali sebagai HTC One, berikutan baru-baru ini, terdapat imej yang telah dimuatnaik ke Flikr dengan menggunakan nama peranti sebagai HTC One, lantas menimbulkan spekulasi bahawa peranti baru HTC akan diperkenalkan dengan nama tersebut.
Beberapa ciri-ciri istimewa yang diperlihatkan pada imej tersebut ialah:
New HTC One Flagship Phone Gets Pictured, As A Picture Reportedly Taken With Its Camera Leaks
- Sense 5.0 diperlihatkan, yang mana ia seakan-akan menggunakan antaramuka bergrid seperti reka bentuk Windows Phone OS
- Hanya 2 butang kapasitif iaitu Back dan Home, tidak seperti peranti HTC yang lain yang hadir dengan 3 atau 4 butang kapasitif.
- Bahagian sisi dikemaskan dengan kemasan reka bentuk chamfer, umpama Iphone 5 sementara bahagian atas dan bawah dikemaskan dengan reka bentuk serupa peranti Blackberry Z10
HTC dijangka akan menjawab persoalan misteri kepada HTC M7 pada 19 Februari kelak.
Sumber:
HTC May Unveil Its New Flagship Phone At New York And London Press Events On February 19New HTC One Flagship Phone Gets Pictured, As A Picture Reportedly Taken With Its Camera Leaks
0 comments:
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.