Skrin utama untuk Android 2.1 pada Xperia X8, menggunakan launcher asal peranti tersebut. |
Skrin utama Launcher7 pada Xperia X8. |
Android launcher atau pelancar Android boleh dilihat agak berbeza bergantung kepada versi Android yang digunakan dan pengeluar peranti Android tersebut.
![]() | |
|
Pada masa yang sama, perlu diingatkan juga bahawa pengguna Android boleh mendapatkan pelbagai jenis applikasi Android Launcher yang boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play. Antara Android Launcher yang popular untuk telefon pintar Android ialah Go Launcher, LauncherPro, ADW Launcher7, Apex Launcher dan Nova Launcher. Aplikasi-aplikasi ini boleh dicari melalui senarai carian Google Play dengan kata kunci 'Launcher.'
Pelbagai aplikasi Android Launcher yang terdapat dipaparkan melalui aplikasi Google Play boleh dimuat turun secara percuma dan ada di antaranya memerlukan penggunanya untuk membeli aplikasi Android Launcher atau menyumbang sedikit wang kepada pembangun aplikasi tersebut. Sebuah peranti Android boleh dilengkapi dengan pelbagai aplikasi Android launcher dan terpulang kepada pengguna Android untuk memilih launcher yang digemari sebagai launcher yang utama.
Skrin utama Launcher Pro pada Xperia X8. |
Untuk artikel blog di masa hadapan, kita akan membincangkan Android Launcher yang popular di pasaran pada masa kini.
Sumber:
0 comments:
Catat Ulasan
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.